PRK Galas : PAS fitnah Ku Li khianat Orang Asli satu pembohongan

on Monday, November 1, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


PAS kini semakin terdesak untuk mempertahankan Galas. Kini mereka mula serang dan fitnah Tengku Razaleigh Hamzah kononnya mengkhianati Orang Asli di negeri ini. Selepas merekatidak boleh menjawab isu ladang rakyat yang menindas Orang Asli , nampaknya mereka cuba mengalihkan perhatian itu dengan menuduh Ku Li .

Ini jawapan Ku Li terhadap tuduhan fitnah PAS ini ...



Tengku Razaleigh berkata, dakwaan bahawa beliau melarikan fail-fail mengandungi permohonan tanah golongan itu semasa membawa Semangat 46 keluar dari Angkatan Perpaduan Umah dan menyertai UMNO adalah tidak benar sama sekali dan fail yang dikatakan itu juga sebenarnya tidak wujud.

"Benda ni tak betul... saya pun hairan mengapa orang yang mewakili parti Islam membuat pembohongan semacam itu,”

Beliau berkata, ketika itu, terdapat ramai Orang Asli di Gua Musang dan beliau dipertanggungjawab untuk menjaga kebajikan masyarakat itu oleh Angkatan Perpaduan Ummah yang ketika itu disertai Pas dan Semangat 46.


Bagaimanapun katanya, soal kebajikan Orang Asli termasuk soal pemberian tanah tidak pernah dibincangkan oleh jawatankuasa tertinggi gabungan parti itu yang turut disertai beliau dan Presiden Pas ketika itu Datuk Fadzil Noor.


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.